Friday, 8 February 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Double A saya dah boleh balik. Bukan main seronok bila dapat bebas bermain kat dalam rumah. Malam tadi lebih kurang pukul 8 malam baru kami dapat check out dari hospital. Lambatkan.. dah biasa sebab insurans memang terhegeh-hegeh proses bill..dah faham sangat..kene kerap call tanya apa progress baru nak jalan..oklah da habis bab tu..da selamat pulang ke rumah..

On the way nak pulang ke rumah..ayah double A singgah kat Marry Brown kt Sendayan..Nenek,moksu double A pun ada sekali..Jom kita makan Chicken Black Paper with Mushroom...nyum nyum nyum...Sementara tu moksu dengan kakak main dalam playground kat dalam MB..bukan main suka lagi kakak..dulu masa kecik takot..sekarang ni giliran adik pulak takot..bawak masuk je dalam playground dia peluk mama kuat-kuat..takut sangat la tu..

Alhamdulillah akhirnya sampai rumah yang macam tongkang pecah..MashaAllah bersepah-sepah rumahku..Pening lalat tengok tapi gagah kan jugak walau mata dah mengantuk..Ayah double A work malam ni..Ayah lagi penat ulang-alik hospital, tempat keje dengan rumah. Takpe kan ayah demi anak-anak tercinta.. terima kasih ayah..

Rasanya itu sahaja cerita anak-anak Double A ni..jom layan gambar semasa di MB dan hospital..

Thursday, 7 February 2013

Salam Perkenalan ke dalam dunia blogger

Assalamualaikum wbt...

Salam bersiaran dari KPJ Specialist Hospital Seremban. Tergerak hati nak berblogger bila perasaan meronta-ronta nak bercerita perihal anakanda Alleesya dan Aqeel..Bukan nak meraih simpati, bukan nak membangga diri, bukan nak menunjuk-nujuk tapi sekadar berkongsi dan menjadikan blogger ini sebagai medium saya meluahkan perasaan...macam diari la canggih skit kan...Sudi-sudikan la singgah ke teratak Double A yang tak seberapa ini..

Kenapa bersiaran dari hospital pulak? Oh ye..Kedua-dua anak saya kene tahan wad pada 3hb malam..Sebelum tu mereka da demam panas hampir seminggu.. Saya cuma bawa ke klinik dan doktor bagi ubat demam dan antibiotik.. Tapi demam Double A ni on and off... Kejap demam kejap ok.. Tergerak hati nak bawak mereka ke hospital memandang kakak Alleesya da terbaring lembik.
Hah! Bila sampai hospital suhu kakak 39 dan suhu dedek 38.. Adik doktor suspek ada influenza sebab demam dan selsema.. Selepas ujian dibuat alhamdulillah keputusan negatif..adik hanya demam biasa..          

Bila dah warded, mereka kene amik darah dan result menunjukan mereka dijangkiti kuman.. sebab nya mungkin berpunca dari udara dan kutip makanan di lantai.. kakak memang suka kutip makanan. "hah kakak kan mama da kata kotor.."

Alhamdulillah anak-anak mama da semakin pulih dan hari ini 8/02/13 da 6 hari kami berkampung disini.. InsyaAllah hari ni dah boleh balik tapi selepas keputusan ujian darah ya diambil tadi menunjukan mereka da benar2 sihat..mudah2an anak-anak mama sihat sepenuhnya dan kita boleh balik ye sayang.....*****psssst..macam mana ek nakpload picture kt dalam ni..almaklumla saya berblogger melalui hp jek..

Ok saya rasa pembuka bicara hari ini serba sedikit dapat membayangkan tentang kakak (Alleesya) dan dedek (Aqeel).. Insyaallah lepas ni banyak lagi kisah mereka yang akan datang dan kisah-kisah tertunggak...erk...ada bil tertunggak yang belum dilunaskan almaklumla da berkampung lama benar kat hospital ni..

Assalamualaikum..