Showing posts with label Aqeel. Show all posts
Showing posts with label Aqeel. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

CNY 2013

Assalamualaikum...

Gong Xi Fa Chai..Selamat Menyambut Tahun Baru Cina...

Alhamdulillah cuti panjang ni kami tak ke mana-mana..Hanya bertafakur di rumah..Anak-anak alhamdulillah da makin sihat cuma Aqeel hidung berair (hingus) lagi..Dan.....Aqeel semenjak keluar dari hospital perangai dia lain macam sikit..MashaAllah tak dapat nak ungkapkan macam mana lain macam dia..Tak boleh nak tinggal langsung..Tak boleh la mama dia melintas depan dia pasti dia akan menangis macam kene cubit..YA Allah dia menangis sekuat-kuatnya sampai mejam..Kene pukul kene cubit dengan mama pun tak heran sebab mama geram sangat dia menangis..Nak buat keje kene kendong dia sekali..Bila malam mata dia asik pandang ke atas je..Kot la dia nampak sesuatu..Kami bacakan ayat kursi..dia masih pandang jugak..Aku bacakan doa pelindung dari gangguan syaitan dan hembus kat muka dia baru nampak dia tunduk dan ok..Alhamdulillah..Sebab risau dan takut juga..Ayah keje pulak malam itu..Mama beranikan diri juga..Nenek Aqeel suruh bacakan Yassin tapi tak dan nak baca Aqeel asyik menangis aje..Ya Allah memang perlukan kesabaran yang tinggi..Tapi aku ni memang kurang sabar..Memang kene cubit la..Mama minta maaf dedek..

Hari ini baru la dedek kurang menangis (maksudnya dia masih menangis tapi tak la sepanjang masa)..Kalau mama tinggalkan dalam walker dedek boleh bawa diri bermain..Alhamdulillah..

Hari ini juga Haikal ( anak buahku=sepupu kakak dan dedek=anak adik aku yg nombor tiga) datang ke rumah melawat kakak dan dedek..Baru la Aqeel nak bermain.Agak nya dia rindukan Haikal..(nanti aku ceritakan serba sedikit pasal Haikal ek)..

Hari ini juga mak mentua dan adik ipar ku datang..Ayah kata suruh mama buat Bbq..Yelah mama pun sepantas kilat telefon mak (nenek kakak dan dedek) suruh belikan barang-barang..Mak aku keje di kedai runcit dalam taman perumahan di sini..Sambil perap ayam dan kambing sambil tu buat kuah lada hitam buat kuah sambal buat spagetti bolognese buat sup daging untuk anak-anak..Siap!..Malam sesi membakar ayam dan kambing..yum yum yum..Di saat ini semua di dalam rumah da nyenyak tidur...zaasssss..jom tidur..Jangan lupa baca doa tidur dan sebelum tu layan dulu gambar...

Assalamualaikum..kroghhhhh

Friday, 8 February 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Double A saya dah boleh balik. Bukan main seronok bila dapat bebas bermain kat dalam rumah. Malam tadi lebih kurang pukul 8 malam baru kami dapat check out dari hospital. Lambatkan.. dah biasa sebab insurans memang terhegeh-hegeh proses bill..dah faham sangat..kene kerap call tanya apa progress baru nak jalan..oklah da habis bab tu..da selamat pulang ke rumah..

On the way nak pulang ke rumah..ayah double A singgah kat Marry Brown kt Sendayan..Nenek,moksu double A pun ada sekali..Jom kita makan Chicken Black Paper with Mushroom...nyum nyum nyum...Sementara tu moksu dengan kakak main dalam playground kat dalam MB..bukan main suka lagi kakak..dulu masa kecik takot..sekarang ni giliran adik pulak takot..bawak masuk je dalam playground dia peluk mama kuat-kuat..takut sangat la tu..

Alhamdulillah akhirnya sampai rumah yang macam tongkang pecah..MashaAllah bersepah-sepah rumahku..Pening lalat tengok tapi gagah kan jugak walau mata dah mengantuk..Ayah double A work malam ni..Ayah lagi penat ulang-alik hospital, tempat keje dengan rumah. Takpe kan ayah demi anak-anak tercinta.. terima kasih ayah..

Rasanya itu sahaja cerita anak-anak Double A ni..jom layan gambar semasa di MB dan hospital..

Thursday, 7 February 2013

Salam Perkenalan ke dalam dunia blogger

Assalamualaikum wbt...

Salam bersiaran dari KPJ Specialist Hospital Seremban. Tergerak hati nak berblogger bila perasaan meronta-ronta nak bercerita perihal anakanda Alleesya dan Aqeel..Bukan nak meraih simpati, bukan nak membangga diri, bukan nak menunjuk-nujuk tapi sekadar berkongsi dan menjadikan blogger ini sebagai medium saya meluahkan perasaan...macam diari la canggih skit kan...Sudi-sudikan la singgah ke teratak Double A yang tak seberapa ini..

Kenapa bersiaran dari hospital pulak? Oh ye..Kedua-dua anak saya kene tahan wad pada 3hb malam..Sebelum tu mereka da demam panas hampir seminggu.. Saya cuma bawa ke klinik dan doktor bagi ubat demam dan antibiotik.. Tapi demam Double A ni on and off... Kejap demam kejap ok.. Tergerak hati nak bawak mereka ke hospital memandang kakak Alleesya da terbaring lembik.
Hah! Bila sampai hospital suhu kakak 39 dan suhu dedek 38.. Adik doktor suspek ada influenza sebab demam dan selsema.. Selepas ujian dibuat alhamdulillah keputusan negatif..adik hanya demam biasa..          

Bila dah warded, mereka kene amik darah dan result menunjukan mereka dijangkiti kuman.. sebab nya mungkin berpunca dari udara dan kutip makanan di lantai.. kakak memang suka kutip makanan. "hah kakak kan mama da kata kotor.."

Alhamdulillah anak-anak mama da semakin pulih dan hari ini 8/02/13 da 6 hari kami berkampung disini.. InsyaAllah hari ni dah boleh balik tapi selepas keputusan ujian darah ya diambil tadi menunjukan mereka da benar2 sihat..mudah2an anak-anak mama sihat sepenuhnya dan kita boleh balik ye sayang.....*****psssst..macam mana ek nakpload picture kt dalam ni..almaklumla saya berblogger melalui hp jek..

Ok saya rasa pembuka bicara hari ini serba sedikit dapat membayangkan tentang kakak (Alleesya) dan dedek (Aqeel).. Insyaallah lepas ni banyak lagi kisah mereka yang akan datang dan kisah-kisah tertunggak...erk...ada bil tertunggak yang belum dilunaskan almaklumla da berkampung lama benar kat hospital ni..

Assalamualaikum..